seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

Wednesday, May 18, 2011

buat bakaL Imamku


      ♥♥.•*´¨`*•. (`'•.¸ (`'•.¸*¤* ¸.•'´) ¸.•'´) .•*´¨`*•.♥♥     
ANDAI AKU ADALAH TULANG RUSUK MU YANG HILANG
       ♥♥`*•.¸¸.•* (¸.•'´ (¸.•'´*¤* `'•.¸) `'•.¸) `*•.¸¸.•*♥♥    

_____$$$$$
____$$$$$
___$$$$$$$
____$$$$$......*~*~*
_____$$$......~°~°~°
____$$$$$....°~°~°~°
__$$$$$$$$$~°~°~°~°
_$$$$$$$$$$$~°~°~°~
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
$$$$$$$$$$$$~°~ °~°~°~°
$$$$$$$$$$$$$~°~°~°~°~°
_$$$$$$$$$~*$$~°~°~°~°~°
__$$$$$$$$~*~*$$~°~°~°~°
__$$$$$$$$*~*~*$$~°~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~°~°
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$$*~*~*~*~*~*
__$$$$$$$$ ~*~*~*~*~*~*
__$$$$$$~*~*~*~*~*~ *~*~*
__$$$$~*~*~~*~*~*~*~*~*~*
__$$$~*~*~*~ *~*~*~*~*~*~*~*~
__$$~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*
__$$~*~*~*~**~*~*~*~*~*~*~*~*~
___~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*~*
____~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~**
_________~*~*~*~*~*~*~* ~*~*
________________*~*~*~**_________________
░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░░

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang

Aku berharap

Jika nanti Allah mempertemukan kita

Kau akan selalu membimbingku

Agar aku menjadi wanita yang solehah

Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga

Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku

Jadilah ayah yang bisa mendidik anak kita

Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhirat

Iaitu anak yang soleh dan solehah

Yang bisa menjunjung tinggi Agama Allah

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Andai engkau ditakdirkan untukku

Ku harap kau bisa menjadi imam buatku dan anakku

Kau bisa menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita

Kau bisa mencintai aku apa adanya

Dan bisa menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Dan andai aku salah

Tegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan

Andai aku marah

Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu

Agar marahku bisa berubah menjadi kelembutan

Andai aku lupa

Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang

Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

Kerana....

Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku

Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya

Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~

~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~

(¯`v´¯) Buat Bakal IMAM Ku
`·.¸.·´`·.¸.¸¸.•ℒℴνℯ
▀██▀─▄███▄─▀██─██▀██▀▀█
─██─███─███─██─██─██▄█
─██─▀██▄██▀─▀█▄█▀─██▀█
▄██▄▄█▀▀▀─────▀──▄██▄▄█

Monday, May 16, 2011

keIkhLasan suamI

Suami saya adalah serorang jurutera, saya
mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan,
saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih …
lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah
berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang
anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah
dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya
perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa
saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam
dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui
jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah
fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum
bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita
berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung
itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan
lakukan untuk Siti ?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan
memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus
gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu
mengusik program di dalamnya dan akhirnya
menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh
membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut. ”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang
supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang. ”
“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-
tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang
lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah. ”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami. ”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan
itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong mengguntingkan kukumu
dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri pantai, menikmati
matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna bunga yang bersinar dan indah
seperti cantiknya wajahmu. ”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup
melihat air matamu mengalir menangisi kematian
Abang. ”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai
Siti. ”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang
sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan
Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang
Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia. ”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-
ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam
‘ kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan
sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:):

Sunday, May 15, 2011

dOa naek kenderaan




Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang
 kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada
 Tuhan kamilah, kami akan kembali!
(surah Az-Zukhruf  13-14)
------------------------------------------------------------------
sbLm na naek kew Or na drive kew,.seeLOk-eLOknyer bce La dLu dOa.. supaye seLamat dLm pjLnan.. kiter hanye mmpu merancang,tp Tuhan yg menentukan.. 

dOa apabiLe tengOk muke dcermin


اللّهُمَّ كَمَا حَسَّنْْْتَ خَلْقِيْ فَحَسِّنْ خُلُقِيْ
Allah humma kama hassanta kholqi fahassin khuluqi 

“Ya Allah Ya Tuhanku sebagaimana Engkau telah memperelokkankan kejadianku , maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik”.
------------------------------------------------
urm.. tiap kaLi na tgOx cermin, bace La dOa ney, insyaAllah,muda puas aty n ta Lame2 at dpn cermin toO..hhuuhu.. erm, 1 ag,sbgai tande kesyukuran krn dkurniakan wajah yang indah.. sbb sume Owg dciptakan mpyai wajah yg indah. :)

jenis-jenis wanita

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”


Wanita ANANAH:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.


Wanita MANANAH:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.


Wanita HANANAH: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.


Wanita HADAQAH: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.


Wanita BARAQAH: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.


Wanita SYADAQAH: banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli


Wednesday, May 11, 2011

ari ney.5.30 petang,11/05/2011

1stLy.. aLhamduLiLLah cz ari ney rahmatNya turun mencecah bumi.. at jOhOr Laa.. kwasan tampOi.. hujan tuwun Lebat cgt..huhuhu ^,^.. seteLah 10 ari tibe d uma,bwu ari ney npk cuace toO mendung at Lua.. hurmmmmm,. kLw ari2 pns mcm musim skunk ney,.mmg sume Owg akn dserang sakit kpLe kew.. ???.. kpLe ain ney.. skt cgt.cgt taw.. 


skunk ujan.. ari ney ader pasar maLam,.bru jer td bciap na pg,Last2 tuwun La plax ujan nyerr.. tp taper La.. bgOz jgk,atLeast bsh jgx Laa jLn at Lua toO.. kecian tyr2 kete.. kpnsn byk2 ari daa,,huhuhu...


hurmmmmm.. ct pOn tgL 17 ari jer ag... pastoO kne bLk stdy smLe..
waLau pe pOn.. aLhamduLiLLah.. bersyukur dgn segaLe-gaLenyerrr ...   :))))

Saturday, May 7, 2011

suamI Idaman IsterI

Suami idaman wanita Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman, Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT, Yang Jiwanya Penuh Dengan Penghayatan Terhadap Islam,  Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu,  Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala,  Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya,  Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar,  Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,    Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya,  Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya,  Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya,  Yang Sentiasa Berbuat Kebajikan Kerana Sifatnya Yang Penyayang,  Yang Setiakawan Serta Yang Mempunyai Ramai Kawan,  Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,    Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya,  Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga,  Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga,  Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam,  Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,    Suami idaman wanita Adalah Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya,  Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran,  Yang Mencontohi Sifat Rasulullah SAW,  Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara,  Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,    Suami idaman wanita Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa,  Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca,  Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir,  Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan,  Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan,  Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan,    Suami idaman wanita Adalah Yang Sentiasa Mengingati Mati,   Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat,  Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga,  Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik,  Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,    Suami idaman wanita Adalah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia,  Kerana Dia Mengimpikan Syurga,  Di Situlah Rumah Idamannya,  Dan Dia Ingin Membawa Isteri Dan Anak-anaknya Bersama,  Menikmati Kehidupan Bahagia Yang Kekal Abadi,  Bersama Redha Maha Esa.    Itulah Lelaki Acuan Al-Qur'an, Bersama Wanita Acuan Al-Quran,  Serta Dialah suami Idaman Wanita Hari Ini Dan Selamanya

Friday, May 6, 2011

sentIase bersyukur seadanya ^,^

Kerana saya tidak cantik..

saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.


Kerana saya tidak cantik..

saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.


Kerana saya tidak cantik..

saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.


Kerana saya tidak cantik..

saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita, dan kerana saya tak cantik, akhirnya saya menemui insan yang mencintai saya seadanya.


Paling penting, kerana saya tak cantik..

saya sentiasa mencuba untuk menjadi cantik pada pandanganNya. Cantik pada pandangan manusia bukanlah apa-apa

Thursday, May 5, 2011

teknik idup bahagia..

Tinggalkan sifat PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.


Tinggalkan sifat PENDENDAM
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau temp...elak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


Tinggalkan sifat HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


Tinggalkan sifat BAKHIL 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.


Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati
.............................................................................................

urm.. byk care an na idup epy ney.. sO, ape yg dpt kite wat, kite jz pLih care yg senang jer.. sbb nyer kite ta ase susah na bwat..huhuhu.. yeLa.. bkn senang na senang & bkn susah gk na susah.. sume nyer tLetak at dri kiter sndri jer..

antare gOLOngan Laki2 yg akn ditarik wanita keLak

Saya kongsikan cerita ini untuk renungan bersama sahabat-sahabat semua. Sewaktu di Hari Akhirat nanti wanita akan menarik bersama-sama 4 orang lelaki ke dalam neraka. Na'udzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggu...ngjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


Pertama : Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka di akhirat nanti dia akan ditarik oleh anak perempuannya.



 Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal, maka dia akan ditarik oleh isterinya kelak.

Ketiga : Abang-abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik beradik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik beadik perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik-adiknya di akhirat kelak.

keempat : anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya.


hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Jika semua memainkan peranan masing-masing dengan betul [termasuklah wanita itu sendiri brsama peranan-peranannya], insyaAllah ini semua dapat menjadi salah satu usaha untuk menangani penyakit-penyakit sosial yang semakin meruncing saban hari dikalangan ummat kita.


Firman Allah yang bermaksud :

" Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu"
................................................................................................

haa ! wahai wanita, kesianLa at ayah2 kamOo, suami2 kamoO, abang2 kamoO dan anak2 lelaki kamoO. KesianLa mereke dan diri kamu sendiri,sbbnyer nty dyOwg toO sume akn dtarik OLeh kamoO sndri taw.. jalankanLah perintah Allah s.w.t dgn bersungguh-sungguh dan ikhlas..insyaAllah rahmat Allah pasti mengiringi. Amin.. ^,^

Wednesday, May 4, 2011

piLihan Allah swt yg terbaek

Cintai dia Dalam Diam,Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan Dan Keikhlasan....

Sebelum engkau Halal Bagiku.
♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

السلام عليكم ورحمة الله و بركاته


Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba.. mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

" Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH." (QS. Adz Dzariyat: 49)
" Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA." (QS. An Nuur: 32 )
" Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNYA diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." ( QS. Ar Ruum: 21 )
Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
" Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah.. berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya." ( Hadis )
" Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ( QS. Al Israa': 32 )
Cukup cintai dia dalam diam..,
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai dia dari kejauhan..,
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan..,
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan..

Maka cintailah dia dengan keikhlasan..,
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??
".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." ( QS. Al Baqarah: 216 )
" Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (syurga)." (QS. An Nuur: 26 )

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

" Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga ." (Umar Bin Khattab ra)

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk ^,^

Isnin hari keLahiran

bLey dpercayai Or ta??  huhu yg pasti,. der stgh btOL kOwt..heee3

Tuesday, May 3, 2011

jOdOh

Sukar untuk mencari diri mu kerana diri mu bagaikan permata berniLai di antara ribuan kaca menyiLau. Tapi, aku pasti jika nama mu yang tertuLis di Luh Mahfuz untuk diri ku, nescaya rasa cinta itu akan Allah terbitkan dari daLam diri kita. Tugas pertama ku bukan mencari diri mu tapi mensoLehahkan diri ku. Sukar untuk mencari soLeh diri mu andai soLehah ku tidak setanding dengan kesoLehan mu. Janji Allah pasti ku pegang daLam misi mencari diri mu
..............................................................................................
Dengarlah sahabatku para muslimah sekalian,ALLAH s.w.t memujukmu..AtToyyibat littoyibin,ANNUR:26,”Wanita baik dijanjikan untuk lelaki yang baik dan begitulah sebaliknya.Telah tercatat seungkap nama lelaki di Luh Mahfuz untukmu.Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu.Jika kau tetap di atas jalan yang diredhai ALLAH s.w.t,insyaALLAH si dia turut di jalan yang sama.Lupakan segala kegundahan,teguhkan diri pada cinta hakiki,nescaya lelaki soleh turut kau miliki
-----------------------------------------------------
huhuhu, erm, sO jgn La isaw kLw kter ta cpLe2 ag,. sbb nye da dtentukan spe jOdOh kter.. huhuhu
mkne nyer,. kLw kiter yakin dyer toO jOdOh kter, kter jz serah sgLe2 nye at Allah swt jeLa.. dOa byk2,. insyaAllah,. jike mmg dye jOdOh kter,. hati kite akn ddekatkan dgn nyer.. heee5

pesanan yang Maha Agung

-Org yg tdk takut terhadap kesuLitan itu termasuk org yg dcintai Allah swt dan rasuLNya. Ssungguhnya Allah swt seLaLu memberi kesanggupan utk mghadapi setiap kesuLitan yg dtg
-cariLah kenikmatan dLm 3 haL : sOLat, aL-Quran  & zikir. jika kamu menemukannya maka teruskanLah & bergembiraLah.

Sesungguhnya, Allah tdk akn mgubah nsb sstu kaum, meLainkan kaum itu sndri yg mgubahnya(surah al-radh)

dOa eLak dari dsihir dan musibah Laen nye