seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

Thursday, May 5, 2011

antare gOLOngan Laki2 yg akn ditarik wanita keLak

Saya kongsikan cerita ini untuk renungan bersama sahabat-sahabat semua. Sewaktu di Hari Akhirat nanti wanita akan menarik bersama-sama 4 orang lelaki ke dalam neraka. Na'udzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebagai peringatan supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama serta berwaspada akan tanggu...ngjawab yang harus dilakukan terhadap wanita.


Pertama : Ayahnya
Apabila seorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya semasa di dunia, iaitu tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajarkan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tetapi memberi kemewahan dunia sahaja. Maka di akhirat nanti dia akan ditarik oleh anak perempuannya.



 Kedua : Suaminya
Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya seperti bergaul bebas di pejabat dan memperhiaskan diri bukan untuk suami tetapi untuk kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang yang alim seperti solat tidak tangguh dan puasa tidak tinggal, maka dia akan ditarik oleh isterinya kelak.

Ketiga : Abang-abangnya
Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita iaitu ibu dan adik beradik perempuan jatuh kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya dan adik beadik perempuannya dibiarkan melencong daripada ajaran Islam, tunggulah tarikan adik-adiknya di akhirat kelak.

keempat : anak-anak lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram menurut Islam, apabila ibu membuat kemungkaran, mengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak, dan nantikan tarikan ibunya.


hebatnya tarikan wanita, bukan sahaja di dunia malah di akhirat. Kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak melakukan kesilapan. Jika semua memainkan peranan masing-masing dengan betul [termasuklah wanita itu sendiri brsama peranan-peranannya], insyaAllah ini semua dapat menjadi salah satu usaha untuk menangani penyakit-penyakit sosial yang semakin meruncing saban hari dikalangan ummat kita.


Firman Allah yang bermaksud :

" Hai anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahlimu daripada api neraka di mana bahan pembakarnya adalah manusia, jin dan batu-batu"
................................................................................................

haa ! wahai wanita, kesianLa at ayah2 kamOo, suami2 kamoO, abang2 kamoO dan anak2 lelaki kamoO. KesianLa mereke dan diri kamu sendiri,sbbnyer nty dyOwg toO sume akn dtarik OLeh kamoO sndri taw.. jalankanLah perintah Allah s.w.t dgn bersungguh-sungguh dan ikhlas..insyaAllah rahmat Allah pasti mengiringi. Amin.. ^,^

No comments:

Post a Comment