seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

Monday, May 16, 2011

keIkhLasan suamI

Suami saya adalah serorang jurutera, saya
mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya
menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.3 tahun dalam masa
perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan,
saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih …
lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah
berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar
sensitif serta berperasaan halus.
Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang
anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah
dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya
perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan
ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana
yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta
yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk
mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa
saya inginkan penceraian. ”Mengapa?” Dia bertanya
dengan nada terkejut.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan
cinta yang saya inginkan.” Dia diam dan termenung
sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal
tidak.
Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang
lelaki yang tidak dapat mengekspresikan
perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya.
“Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah
fikiran Siti?” Saya merenung matanya dalam-dalam
dan menjawab dengan perlahan.
“Siti ada SATU soalan, kalau Abang temui
jawapannya di dalam hati Siti, Siti akan mengubah
fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum
bunga cantik yang ada di tebing gunung dan kita
berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung
itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan
lakukan untuk Siti ?”
Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan
memberikan jawapannya esok.” Hati saya terus
gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya
menenui selembar kertas dengan coretan tangannya
di bawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang
bertuliskan. ..
‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu
untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan
alasannya. ” Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin
membacanya.
“Siti boleh mengetik di komputer dan selalu
mengusik program di dalamnya dan akhirnya
menangis di depan monitor, Abang harus
memberikan jari-jari Abang supaya boleh
membantu Siti untuk memperbaiki program
tersebut. ”
“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti
keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang
supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang. ”
“Siti suka jalan-jalan di shopping Kompleks tetapi
selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-
tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus
mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang
lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke
rumah. ”
“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’
Siti datang setiap bulan, dan Abang harus
memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu. ”
“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu
risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus
membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti
di rumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami. ”
“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan
itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus
menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti,
abang dapat menolong mengguntingkan kukumu
dan memandikanmu. “
“Tangan Abang akan memegang tangan Siti,
membimbing menelusuri pantai, menikmati
matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan
warna-warna bunga yang bersinar dan indah
seperti cantiknya wajahmu. ”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil
bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup
melihat air matamu mengalir menangisi kematian
Abang. ”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang
boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai
Siti. ”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan
oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti.
Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan,
kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti. ”
Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan
membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya
tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan
Abang. Jika Siti puas hati dengan semua jawapan ini,
dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini,
tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang
sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti. ”
“Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan
Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang
Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan
hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti
bahagia. ”
Saya terpegun. Segera mata memandang pintu
yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari
membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya
memegang susu dan roti kesukaan saya.
Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah
mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah
cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-
ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia
tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’
yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam
‘ kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan
sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..:):

No comments:

Post a Comment