seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

seIndah hIasan adaLah wanIta sOLehah

Thursday, May 5, 2011

teknik idup bahagia..

Tinggalkan sifat PEMARAH
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.


Tinggalkan sifat PENDENDAM
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau temp...elak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


Tinggalkan sifat HASAD DENGKI
Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


Tinggalkan sifat BAKHIL 
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


Tinggalkan sifat TAMAK
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga (lagipun orang tamak selalu rugi). Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.


Tinggalkan sifat TIDAK SABAR
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.


Tinggalkan sifat EGO
Ibu segala mazmummah, membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Kerana semua orang ada egonya sendiri, cuma tinggi atau rendah tahap keegoan tersebut.


Tinggalkan sifat RIAK
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah murka kalau kita riak, takabbur dengan apa yang kita ada.


Tinggalkan sifat terlalu MENCINTAI DUNIA
Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah, tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu (bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh atau solehah). Cinta dunia merupakan ‘neraka dunia’ kerana dunia itu ‘panas’ akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati
.............................................................................................

urm.. byk care an na idup epy ney.. sO, ape yg dpt kite wat, kite jz pLih care yg senang jer.. sbb nyer kite ta ase susah na bwat..huhuhu.. yeLa.. bkn senang na senang & bkn susah gk na susah.. sume nyer tLetak at dri kiter sndri jer..

No comments:

Post a Comment